nov2008
Home   About EC   ECOB Forums   ECOB Blog   ECOB Gallery   Event Calendar   Polls   Guestbook   Links   Contact  

EC dari 1914 hingga 2008

 

 

AWAL PENUBUHAN

1914

  • English College (EC) dibuka di Istana Jalan Sungai Chat
  • 21 orang pelajar perintis nucleus EC terpilih dari Sekolah Bukit Zaharah
  • Pentadbiran di EC adalah mengikut Sistem Sekolah Awam Inggeris
  • Tamat Perang Dunia Pertama, EC dipilih sebagai pusat untuk Junior Cambridge dan juga Senior Cambridge

 PADA TAHUN 1920-an

1928

  • En. H.R Cheeseman mencadangkan supaya EC ditutup dengan alas an tidak ekonomik kerana menyulitkan sekolah-sekolah lain sebab para pelajar terbaik telah terpilih ke EC serta usaha bagi mendapat kakitangan terbaik dan berpengalaman adalah sukar
  • Sistem Pengawas diperkenalkan

 30 April 1928

  • EC ditutup setelah 14 tahun penubuhan

 1 Mei 1928

  • En. H.R Cheeseman mencadangkan penyusunan semula EC
  • Sekolah Bukit Zaharah dibahagikan kepada tiga unit berasingan iaitu Sekolah Rendah Ngee Heng, Sekolah Bukit Zaharah Baru dan EC
  • En. T. Drury dilantik menjadi Pengetua EC baru
  • Jumlah pelajar EC seramai 143 orang dengan 70% adalah pelajar lelaki
  • Penekanan kepada matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik

PADA TAHUN 1930-an

  • EC berpindah ke tapak EC sekarang
  • Pembukaan EC secara rasmi
  • Pelajar EC yang berjaya akan melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Kolej perubatan King Edward VII, Sekolah Pertanian Serdang, Sekolah Teknik di Kuala Lumpur dan Universiti Hong Kong

 PADA TAHUN 1940-an

Januari 1940

  • Majalah sekolah pertama diterbitkan

 1941

  • Pameran seni dan Kraftangan diadakan

 31 Januari 1942

  • Makmal Sains dibina dan dijadual akan dibuka pada tahun 1942, akan tetapi telah terpaksa ditangguhkan kerana Perang Dunia Kedua

 1942-1945

  • EC mengalami zaman malap semasa pendudukan Jepun
  • EC dicatkan dengan warna hitam dan digunakan askar Jepun sebagai kilang senjata

SELEPAS KEJATUHAN JEPUN

1946

  • EC dibuka dan ditempatkan di Sekolah Bukit Zaharah pada penggal pertama
  • Pelajar-pelajar EC dipindahkan semula ke bangunan sekarang pada penggal kedua

1947

  • A.H.H Hill dilantik sebagai Pengetua
  • Subjek sains mula di ajar di EC

1949

  • Kelas Sijil Sekolah Pos pertama dibuka di EC dengan 15 orang pelajar. Dua daripadanya merupakan pelajar perempuan. Ini adalah langkah pertama English College menerima kemasukan pelajar perempuan.
  • Persatuan yang aktif pada masa ini ialah Pengakap Darat Kumpulan Pertama Johor, Persatuan Drama, Persatuan Pengumpulan Stem, Kelab Seni, Persatuan Sastera & Perbahasan, Majalah Kelas, Kelab Catur, Ragbi, Bola Sepak, Hoki, Ping Pong, Kriket dan Bola Keranjang

Pada Tahun 1950-an

17 Julai 1955

  • Dewan sekolah (Dewan Sri Budiman) dirasmikan dan dinyatakan sebagai Dewan Terbaik di Malaya

 11 Oktober 1956

  • Hari Ucapan (Speech Day) pertama di EC
  • Perasmian tiga buah makmal sains oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Engku Tun Aminah

 20 Julai 1957

  • Lawatan Menteri Pelajaran Tanah Melayu ketika itu, Allahyarham En. Abdul Razak bin Hussein ke EC

 1958

  • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung berangkat ke EC Pada tahun 1960-an

1960

  • EC secara rasmi dieknali sebagai MAktab Sultan Abu Bakar dalam usaha memberi imej tempatan kepada sekolah dan selari dengan martabat baru kita sebagai satu bangsa yang merdeka, dan sebagai kenangan, nama English College juga dikekalkan

 9 April 1961

  • Lencana sekolah, pakaian seragam dan warna rumah sukan diperkenalkan

 1966

  • Menteri Pelajaran ketika itu, En. Mohd Khir Bin Johari telah merasmikan blok kelas baru dan makmal sains (Blok E) perpustakaan dan kantin

 1967

  • Kemasukan pelajar cacat penglihatan ke EC. Ini adalah langkah pertama EC menerima kemasukan pelajar-pelajar yang cacat penglihatan

 1969

  • Lagu sekolah diperkenalkan. Lirik oleh En. Yusof bin Karto dan gubahan oleh En. Lim Teck Siang
  • Nyanyian pertama pada HAri Ucapan 21 Mei 1969

 Pada Tahun 1970-an

19 April 1970

  • Pagar sekolah pertama siap dibina

 1973

  • Perpustakaan dipindah ke blok baru
  • Walkaton EC diadakan

 16 Ogos 1974

  • Perdana Menteri Malaysia ke-Tiga Allahyarham Tun Hussein Onn semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri melawat untuk meraikan Jubli Perak EC

 Pada Tahun 1980-an

10 Mei 1983

  • Duli Yang Maha Mulia  Sultan Johor melawat EC dan menyumbang 10 perahu layer

 1986

  • Yang Berhormat Dato’ Yahya bin Abdul Wahab, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (Kapten EC 1954) melawat EC
  • Delegasi Pendidikan Jepun melawat EC
  • Pembinaan Surau baru (merangkap dewan kuliah)

 Pada Tahun 1990-an

1998

  • EC dilengkapi dengan dewan kuliah yang baru
  • Pembinaan bangunan pelajar UPK
  • Pembinaan 12 bilik darjah untuk kelas KBSM
  • Muzium Tun Hussein Onn diilhamkan oleh pengetua, Hj. Abdullah Idrus

 Meniti Zaman Millenium…

2000

  • Persada Guru Malam Seri Budiman 1 telah diadakan

 2001

  • Pembinaan Blok Kejuruteraan
  • Pembinaan Auditorium Mini

 2002

  • Galeri Seni dimulakan
  • Penamaan semula perpustakaan Prof. Diraja Ungku Aziz

 2004

  • Sistem ‘Roundabout EC’ diperkenalkan
  • Persada Guru Malam Seri budiman 2 telah diadakan
  • Sambutan EC genap 90 tahun

 2005

  • Pembinaan tandas guru baru yang lebih selesa untuk kegunaan Guru-Guru

 2006

  • Sambutan ‘Founder’s Day’ genap 92 tahun
  • Kunjungan Pelajar-Pelajar sekolah dari Negara Jepun
  • Pencapaian PMR 2005 terbaik bagi daerah Johor Bahru
  • 3 pelajar EC terpilih sebagai calon PMR 2005 terbaik Peringkat Kebangsaan
  • Pengesahan oleh Kementerian Pelajaran, EC sebagai Sekolah Premier. “Premiere Our Image”

 2007

  • Dianugerahkan sebagai sekolah paling ramai atlet ke peringkat tertinggi
  • Syarikat Excellent Crew MSAB meraih Anugerah Syarikat Terbaik dan Perkhidmatan Terbaik di Konvensyen Program Usahawan Muda kali ke-11
  • Pasukan Hoki, Ragbi dan bola sepak EC mewakili Johor Bahru dalam Karnival Sukan Sekolah-Sekolah Premier
   

  Ehsan Majalah Seri Budiman 2007, Maktab Sultan Abu Bakar

This page last updated on 20/08/08 @ 2:51PM.

Powered by MelayuKorner. Copyright2014. All rights reserved.
Content and media is the responsibility of the site owner.